Satu kenyataan yang harus diperbetulkan, biar pun inilah
kalimah yang sering dilontarkan. Apakah untuk memperolehi kusyuk di dalam solat
masih mejadi rahsia kepada kita ? Jika rahsia, sememangnya kita tidak akan tahu
dan tidak sekali-kali memperolehinya. Atau pun ianya bukan rahsia, cuma
bagaimana cara memperolehinya masih menjadi rahsia? Apa pun, sebenarnya kusyuk
dan cara memperolehinya bukanlah rahsia kerana ianya sudah diterangkan dengan
sejelas-jelasnya oleh Baginda SAW. Tetapi kenapa kita masih menganggapnya
sebagai rahsia? Jawapannya mudah sekali …. kerana kita belum bersedia melalui
jalan yang telah ditunjukkan oleh Baginda SAW. Kita lebih suka mengambil atau
mengikut cara lain yang mungkin juga diambil daripada orang-orang yang
terdahulu daripada kita tanpa kita selidik dan kaji akan kesahihannya. Maka
natijahnya kita akan kehilangan arah dan akhirnya kita merasakan segala ibadat
terutama solat yang dikerjakan itu serba tidak kena / lengkap. Akhirnya kita
bertanya kepada diri kita sendiri, kenapa solat yang aku kerjakan ini persisnya
tidak manis apatah lagi dapat menghindarkan aku daripada perbuatan keji dan
mungkar.
Benarlah apa yang telah disabdakan oleh Baginda SAW di dalam
sebuah hadith yang berbunyi :
عن عمارِ بنِ ياسر قال :
سَمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :
( إن الرجل لينصرِف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها
خمسها ربعها ثلثها نصفها )
Daripada Ammar bin Yaasir RA berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
( Sesungguhnya seorang itu apabila selesai ( daripada
solatnya ), tidak ditulis baginya daripada solat itu melainkan satu persepuluh,
satu persembilan, satu perlapan, satu pertujuh, satu perenam, satu perlima,
satu perempat, satu pertiga dan separuh )
Riwayat Imam Abu Daud ( no hadith 789 )
Status hadith : Hasan ( Sahih Ar Targhib wa At Tarhib no 537
)
Amat malanglah kiranya solat yang kita
kerjakan lima kali sehari hanya ditulis separuh, atau satu pertiga
hinggalah satu persepuluh sahaja. Persoalannya, apakah status baki yang tidak
ditulis itu ? Sudah tentu salah satu penyebabnya ialah tiadanya kusyuk di dalam
solat kita. Anggota badan kita yang zahir melakukan solat tetapi hati kita
tidak sama-sama mengerjakan solat. Mungkin pada masa itu hati kita sedang
memikirkan soal-soal perniagaan, kerja di pejabat, hutang keliling pinggang,
masalah anak-anak dan isteri dan bermacam-macam perkara yang tidak bermain
difikiran kita sebelum ini. Maka berjayalah usaha syaitan mahu melihat solat
seseorang itu tidak sempurna dan akhirnya manusia kehilangan benteng yang ampuh
menghalangnya daripada perbuatan keji dan mungkar. Hal ini sememang telah
diceritakan oleh Baginda SAW bahawa apabila tibanya waktu solat, maka hadirlah
syaitan yang cuba mengingatkan manusia apa yang dia tidak fikirkan
sebelum ini sehingga dia lupa berapa rakaat telah dikerjakan ( Sahih Al Bukhari
no hadith 3215 )
Mari kita perhatikan prinsip-prinsip yang seharusnya
dijadikan pegangan dan panduan agar kita mendapat kusyu' yang sempurna di dalam
ibadat solat.
1) Seharusnya Dimulakan Dengan Wuduk Yang Sempurna.
عن عثمان بن عفان قال:
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:
( ما من امرئ مسلم تحضره صلاة مكتوبة فيحسن وضوءها وخشوعها وركوعها
إلا كانت كفارة لما قبلها من الذنوب ما لم تؤت كبيرة ..... )
Daripada Uthman bin Affan berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
( Tiadalah seseorang muslim itu apabila tibanya waktu
solat fardhu, maka dia memperelokkan wuduknya, kusyuknya dan ruku'nya melainkan
ianya adalah kaffarah terhadap dosa-dosanya sebelum itu selagi ia tidak
melakukan dosa-dosa besar ….. )
2) Melangkah Dengan Tenang / Thoma'ninah Ke Masjid
عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
( إذا سمعتم الإقامة فامشوا إلى الصلاة
وعليكم بالسكينة والوَقار ، ولا تسرِعوا، فما أدركتم فصلوا، وما فاتكم فأتموا )
Daripada ِ Abu Hurairah RA
daripada Nabi SAW bersabda :
( Apabila kamu mendengar iqamah, maka hendaklah kamu menuju
kepada sembahyang dengan tenang, dan jangan kamu mempercepatkan langkah, maka
apa yang kamu sempat, maka kerjakanlah solat, dan apa yang tertinggal olehmu,
maka sempurnakanlah )
Riwayat Imam Al Bukhari ( no hadith 628 )
3) Membaca Doa Ketika Masuk / Keluar Dalam Masjid
Sentiasa membaca zikir sebelum masuk ke dalam masjid :
من الشيطان
الرجـيم [ بسم الله ، والصلاة ] [ والسلام على رسول الله ] اللهم افتح لي أبواب
رحمتك
Riwayat Imam Abu Daud ( no hadith 466 ) dan Imam Muslim ( no
hadith 1602
Status hadith : sahih ( rujuk Sahih Al Jami' As Shaghir 4591
Sentiasa membaca zikir ketika keluar daripada masjid :
بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله ، اللهم إني أَسأَلك من فضلك،
اللهم اعصمني من الشيطان الرجيم
Riwayat Imam Muslim ( no hadith 1602 ) Sahih Ibni Majah ( 1
/ 29 )
5) Meletakkan sutrah
Merupakan satu perkara yang sangat penting dilaksanakan
tetapi dipandang sepi oleh kebanyakan orang. Sutrah ialah penghadang yang
diletakkan di hadapan agar orang lain boleh melintas di hadapannya.Bersabda Rasulullah SAW ( bermaksud ) :
( Janganlah kamu solat melainkan dengan mengadap sutrah, dan
jangan kamu biarkan seseorang melintas di hadapan kamu. Andainya dia enggan,
maka hendaklah engkau peranginya, sesungguhnya syaitan bersamanya )
Sahih Ibni Khuzaimah. Sanadnya adalah jayyid ( Al Albaaniy )
6) Bersegera mengangkat takbir sebaik sahaja imam
memulakan solat.
Seseorang itu tidak wajar menangguh untuk menngangkat takbir
sebaik sahaja imam bertakbir tanpa sebab yang dibenarkan. Inilah waktu yang
penuh dengan fadilat yang mana kebanyakkan daripada kita tidak mengambil berat
akan kepentingannya. Apakah kita tidak mahu melafazkan amin ( آمين ) bersama imam dan ketika itu para malaikat
juga bersama-sama melafazkannya ?
عن أبي هريرة : أن النبيَّ صلى الله عليه وسلم قال:
( إذا أَمن الإمامُ فأمنوا، فإنه من وافق
تأْمينه تأْمين الملائكة غفر له ما تقدم من ذنبه )
Daripada Abu Hurairah RA : Sesungguhnya Nabi SAW bersabda ( bermaksud ) :
( Apabila imam mengucapkan amin, maka hendaklah kamu
mengucapkan amin. Maka sesungghnya sesiapa yang ucapan aminnya itu bersamaan
dengan ucapan amin para malaikat, diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu )
Hadith riwayat Imam Al Bukhari ( no hadith 772 )
6) Minimumkan pergerakan dan hanya melakukan pergerakan
yang dituntut dan pergerakan yang perlu sahaja.
Banyak bergerak ( yang tidak dituntut ) di dalam solat
boleh mengakibatkan kita gagal mendapat kyusu' yang sebenarnya. Sebab itulah
Baginda SAW menyuruh kita agar berdiri dengan tegak, meletakkan tangan kanan di
atas tangan kiri, sentiasa memandang tempat sujud dan seumpamanya sebagai satu
langkah agar hati kita sama-sama hadir mengadap Allah Yang Maha Esa.
Bersabda Nabi SAW apabila melihat satu kumpulan manusia
menggerak-gerakkan tangan mereka di dalam solat tanpa mempunyai sebarang hajat
;
( Apakah aku melihat kamu menggerak-gerakkan tangan kamu
seperti ekor kuda, diamlah ( jangan bergerak ) kamu semua di dalam solat ) Riwayat
Imam Muslim ( no hadith 430 )
7) Sentiasa memandang tempat sujud. Jangan sekali-kali
memandang ke langit atau ke kiri dan kenan kerana ianya menghilangkan rasa
kusyu'.
Ini lah cara yang diajarkan oleh Baginda SAW sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Al Hakim dan Al Baihaqi.
Dalam sebuah riwayat daripada Abu Hurairah RA menceritakan
bahawa Rasulullah mengerjakan solat dengan memandang ke langit. Turunnya ayat
Al Quran berbunyi ( الذين هم في صلاتهم خاشعون ), lalu Baginda SAW menundukkan
kepalanya di dalam solat ( berkata Al Hakim sahih dan menepati syarat Imam Al
Bukhari dan Imam Muslim )
8) Sentiasa peka dalam mengamalkan cara pergerakan dan
bacaan sebagaimana yang terdapat di dalam riwayat-riwayat yang sahih sahaja.
Pastikan semua syarat, rukun, perkara wajib dan sunat di dalam solat dikerjakan
tanpa membeza-bezakan akan hukum-hakamnya.
Kesimpulan, perkara-perkara yang dinyatakan adalah sebahagian daripada
cara-cara mendapatkan kyusu, di dalam solat. Semoga kita semua dimasukkan ke
dalam golongan-golongan yang diberi rahmat oleh Allah SWT... Amiin






0 comments:
Post a Comment